Friday, May 18, 2007

TOKSIN PUNCA SEGALA PENYAKIT

Memang lumrah bagi setiap insan jatuh sakit. Lazimnya, ini disebabkan oleh pengumpulan toksin dalam badan manusia. Toksin mungkin berpunca daripada udara persekitaran sementara makanan yang kita makan mungkin dihasilkan daripada sumber racun yang sering mengandungi bahan pengawet, pewarna, pewangi dan penstabil makanan.

Kemungkinan juga haiwan ternakan dan pokok tanaman terdedah kepada baja dan racun serangga kimia semasa peringkat pertumbuhan.

Apabila manusia termakan bahan tambahan ini atau menyedut wap daripada unsur-unsur ini, toksin terkumpul di dalam badan dan lama kelamaan ia akan merosakkan sel-sel badan dan sistem imun badan kita. Lambat laun ia akan meresap ke dalam aliran darah dan merosakkan sistem penghadaman (perut, usus kecil dan besar), sistem penyaringan (hati dan buah pinggang) dan sistem endokrin (kelenjar, pitiutari, adrenal dan tiroid) mengakibatkan kesan-kesan sampingan seperti penyakit.

Menurut falsafah penyembuhan organik, kesihatan boleh dijejaskan oleh toksin dan ia tidak seharusnya dibiarkan dalam tubuh kita. Misalnya, sembelit akan menyebabkan sisa buangan dalam badan kita terpendap dan seterusnya menjejaskan fungsi sistem penghadaman. Lama kelamaan, ia boleh menyebabkan penyakit serius yang memudaratkan kesihatan.

No comments: