Friday, May 18, 2007

PRINSIP-PRINSIP MAKANAN ORGANIK DAN GAYA HIDUP

Semenjak 25 tahun lalu, lebih daripada 200 orang Amerika yang merupakan perintis dalam bidang organik. Mereka telah menguasahakan ladang organik di Arizona bagi mengamalkan gaya hidup yang bebas daripada pencemaran. Ini merupakan satu permulaan dan revolusi dalam bidang makanan organik.

Gaya hidup organik adalah bertentangan dengan prinsip-prinsip teknologi pemprosesan makanan moden yang biasanya akan mengandungi unsur-unsur kimia yang berbahaya kepada kesihatan manusia. Prinsip makanan organik mementingkan pengembalian pada alam semulajadi. Prinsip organik merupakan faktor yang terpenting pada abad ke 21 yang bakal mengemudi kita ke arah cara hidup sihat.

Hari ini, masyarakat sepatutnya menggunakan kaedah penanaman secara organik yang paling mesra alam bagi menikmati kemanfaatan kesihatan asa. Ia juga berkesan dalam mengelakkan kemunculan penyakit-penyakit baru pada abad ini. Falsafah penyembuhan semulajadi menyatakan bahawa “Makanan organik adalah ubat terbaik dan makanan terbaik adalah makanan organik”.

Tumbuh-tumbuhan organik membekalkan fungsi menyahtoksikan terbaik. Selain itu, ia juga dapat membantu dalam mengurangkan lemak yang berlebihan. Keputusannya, anda dapat membersihkan toksin daripada keseluruhan tubuh anda. Pada masa yang sama, ia dapat membekalkan nutrien-nutrien pada tubuh, mengaktifkan sel-sel, mengimbangkan sistem hormon. Ia juga dapat mempertingkatkan fungsi organ-organ dan mengekalkan kesihatan secara menyeluruh.

Falsafah penyembuhan semulajadi bergantung kepada kaedah organik yang secara semulajadi dalam mengubati penyakit. Gaya hidup organik merupakan asas yang penting dalam menghindari pelbagai jenis penyakit, terutamanya penyakit-penyakit biasa yang kerap berlaku.

Jika anda percayai bahawa sistem tubuh dalaman adalah sangat penting bagi kesihatan anda, maka sudah pastinya anda perlu mengamalkan gaya hidup yang paling serasi dengan alam semulajadi. Inilah yang dikatakan penyembuhan secara semulajadi.

No comments: