Melilea International menawarkan secara eksklusif siri produk yang paling selamat, berkesan secara semulajadi untuk meningkatkan dan menyempurnakan kecantikan dan kesihatan anda.
Melilea Greenfield Organic
Makanan organik yang dapat memberi nutrien botanikal yang semulajadi kepada tubuh anda. Ia merupakan makanan yang terbaik semasa program penyahtoksidan dengan berpuasa secara organic.
Makanan suplimen yang mengandungi herba semulajadi dan enzim SOD. Ia dapat meningkatkan tahap kesihatan maksimum untuk membolehkan anda mencapai kecantikan luaran. Anda akan kelihatan lebih muda dan bertenaga.
Melilea Organic Soya Drink
Diperbuat daripada kacang soya organic Non-GMO (bebas GMO) yang berkualiti tinggi. Melilea Organic Soya Drink diproses melalui teknologi moden bagi mengekalkan nutrien-nutrien yang sedia ada serta memberikan rasa yang enak sekali. Minuman soya yang lazat ini dapat memenuhi keperluan harian anda terhadap nutrien-nutrien seperti protein, kalsium dan vitamin.
Melilea Organic Henry Instant Fruit Drink Mix
Minuman yang diperbuat daripada buah-buahan organik ini diformulasikan khas oleh Bapa Teori Organic USA, Dr. Henry Chang. Kini, anda sekeluarga dapat menikmati minuman yang bukan sehaja enak dan semulajadi, malahan untuk kesihatan.
Melilea Botanical Skin Care Series
Ucapkan selamat tinggal kepada bedak muka dan alas bedak yang menyumbat liang roma kulit anda. Melilea Botanical Skin Care Series mengandungi ekstrak tumbuh-tumbuhan semulajadi yang mudah diserap oleh kulit. Ianya dapat memberi kelembapan, oksigen serta nutrien-nutrien yang diperlukan oleh kulit anda. Impian bagi mencapai kecantikan sejati kini boleh direalisasikan.
Melilea Classic Toning System
Sistem ini direka khas bagi membolehkan otot muka bersenam dengan cara terapi urut pada titik akupuntut. Hasilnya, kulit muka anda menjadi lebih sihat, bebas daripada kedutan dan peredaran darah berjalan dengan lebih baik.
Melilea e-Nail Environmental Colors Series
Melilea e-Nail Environmental Colors Series yang mesra alam, terhasil daripada ramuan seperti air suling dan minyak pati yang memberikan haruman semula jadi. Ia tidak menggunakan bahan-nahan kimia berbahaya yang boleh merosakkan kuku dan mencemar alam sekitar. Terdapat juga Melilea e-Nail Home Manicure Kit yang menjadikan kuku anda sihat dan cantik.
Dengan Siri Kecantikan Dalam dan Luaran Melilea, anda dapat mencapai kecantikan yang sejati dengan semulajadi.

0 comments:
Post a Comment