Friday, May 18, 2007

Penanaman Organik

Penanaman organik memerlukan kawasan dan tanah yang bebas daripada pencemaran. Sebelum penanaman dijalankan, tanah tersebut perlu dibiarkan selama 2 hingga 7 tahun. Ini bertujuan memastikan tanah tidak terdedah pada bahan kimia atau pencemaran yang lain. Lazimnya, penanaman konvensional atau bukan organik melibatkan penyuntikan ubat perangsang atau bahan tambahan bagi meningkatkan proses pertumbuhan, baja tiruan dan racun perosak. Penggunaan bahan-bahan kimia ini adalah dilarang sama sekali dalam penanaman organik. Selain itu, kawasan disekelilingnya juga harus bebas daripada pencemaran bagi mengelakkan kontaminasi. Ini dapat menjamin penghasilan mutu makanan yang paling berkualiti.


Dari peringkat penuaian sehingga peringkat pembungkusan, ia dilakukan dengan kawalan ketat bagi mengelakkan pencemaran daripada bahan kimia seperti pewarna, bahan pengawet dan penstabil tiruan. Jika semua peringkat dapat dikawal dengan baik, maka hasil pengeluaran bolehlah dikelaskan sebagai makanan pencemaran sifar atau 100% tanpa pencemaran.

No comments: